Recipe : Chocolate Chip Cookies (Famous Amos wannabe)
4:52 PMAssalamualaikum fellow earthlings!
Wazzapp semua? How's Ramadan treating you so far? Hopefully semuanya tengah berlumba-lumba mengejar Lailatul Qadr since we are now in the last ten days of Ramadan :) Kejap je masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik dah nak habis dah bulan puasa huhu. Semoga Allah mempertemukan kita dengan Ramadan seterusnya pulak in sha Allah.
Okay so ekceli itew nak share recipe ni. Dah nak dekat raya ni kan so I decided to bake some kuih raya la, for the first time EVER in ma life hahaha. Okay la second time la sebab I have a vague memory of doing kuih cornflake many years ago. But then that was it. I stopped making kuih because my mom is the type yang tak minat baking and buat biskut but more into cooking. Memang tak dinafikan masakan mak la paling terboik di dunia! Hee. Tapi lepas dah gi belajar kat Egypt, and setakat ni dah survived three years on my own so dah mula la belajar baking. Bila dah duduk dengan kawan kawan yang dok buat benda cenggitu, kita pun tend to do the same la kan. And alhamdulillah setakat ni bila baking tu menjadi la walaupun tak la berpengalaman mana. But minat tu memang ada :)
So, the recipe that I'm gonna share today is chocolate chip cookies, Famous Amos wannabe. Ahakzzz. It's pretty simple ekceli. And in sha Allah sedap hihi. Setakat ni semua yang rasa, even my annoying bros pun cakap sedap. Let me quote abang la eh, "rupa dia tak cantik pun tapi bila makan sedap pulak". So alhamdulillah la kan hihi. Ingat kalau sedap boleh la nak kirim kat FMIL hikzzz. K so let's start!
Ingredients:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan gula perang
250g butter (equivalent tu satu paket butter yang kecik sikit tu, tengok la berat dia masa beli)
1/2 cawan serbuk koko (I used Hershey's cocoa)
1 biji telur (any grade pun sokay)
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
2 cawan choc chips
Steps:
1. Ayak dulu tepung gandum & serbuk koko. Mix it in a bowl & gaul rata. Lepas tu add baking powder & soda bikarbonat. Put it aside for a while.
2. Then pukul butter & gula perang dalam bekas lain, sampai creamy
3. Lepas dah jadi creamy, masukkan telur & esen vanilla and kacau la dalam 5 minutes more
4. After that kita masukkan mixture tepung tadi sikit sikit dalam bekas yg kita mix butter and gula perang tu. Kacau guna senduk.
5. Masukkan choc chips and mix it clockwise sampai la sebati
6. Pre-heat oven at 170C around 10 minutes, lepas tu boleh la bake for 15-20 minutes
*shape the cookies as you like, nak guna sudu boleh nak gentel ngan tangan and tekan ngan garpu lps tu also can. Ikut creativity memasing :)
*masa untuk baking tu may vary, kalau size cookies tu small kurangkan masa and temperature
*susun gentelan cookies tu jejauh sikit eh sebab nanti dia akan mengembang
* tak perlu guna mixer, kacau je pakai senduk. Lenguh la sikit haha
* tepung memang kena masuk little by little baru elok
*kalau mix lembik sikit sokay, maksudnya in sha Allah jadi la tu
*kalau tanak bake terus keep it in the fridge dulu, takut choc chips tu cair kalau biar kat luar
Okay rasanya itu sahaja lah, the things you need to do. Recipe ni pun I found it while I was googling. Thank you la akak yang share recipe ni. Dap dap. Selamat mencuba la eh :) Oh and lagu satu nak cakap I used measuring cups yang memang untuk baking tu. Sebab dalam baking ni measurement sangat penting. Kalau salah sikit lain la rasa dia. Dulu I main belasah guna cawan and sudu biasa. Jadi la gak tapi better guna la measuring cup eh.
So selamat mencuba, gambatte! :)

2 comments
wah mimi dah bleh jadi martha steward da pasnii :P
ReplyDeleteHahaha memang cita cita kita nak jadi macam dia laa :p
ReplyDelete